Wednesday, February 11, 2009

Yahudi Israel Memang Kejam!!

Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah:

Disember 1947 Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva (penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampung Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

90 April 1948 dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

15 September 1982- Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Bekas Perdana Menteri Israel.

dan banyak lagi kekejaman yang dilakukan sehinggalah konflik terbaru yang berlaku di palestin.

sambungan... (sila masuk ke ruangan topik blog ini)

Bantuan Amerika kpd Rejim Zionis!!


Sejak tahun 1970-an, Israel telah menjadi salah satu penerima teratas bantuan luar Amerika Syarikat. Walaupun kebanyakkan adalah bantuan ketenteraan, pada masa lalu sebahagiannya dikhaskan untuk bantuan ekonomi. Pada 2004, penerima kedua teratas bagi bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat adalah Israel, iaitu selepas Iraq. Dari segi per kapita, nilai kepada Israel diletak pada kedudukan pertama.

Pada 2007, Amerika Syarikat telah meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel lebih daripada 25% kepada purata AS$3 bilion setahun bagi tempoh selama 10 tahun, dan menamatkan bantuan ekonomi.

sambungan... (sila masuk ke ruangan topik blog ini)

Monday, February 2, 2009

Jom BOIKOT!!!

Kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin semakin nyata dan berleluasa. Dunia hanya melihat dan tidak melakukan sebarang tindakan yang drastik bagi menghalang jenayah perang yang dilakukan oleh Rejim Israel terhadap penduduk Palestin kerana Rejim ini disokong kuat oleh sekutunya AMERIKA!!!.

Sumber Kosmo:Menunjukkan mangsa kerangkusan Rejim Israel!!

Salah satu peristiwa yang paling menghayat hati dan sangat kejam yang dilakukan oleh Rejim Yahudi ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
''Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh.



Oleh itu, jom lah kite berpakat menuntut bela ke atas kematian dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Palestin.

Bagaimana??? Berperang dengan menggunakan senjata???

Tentu sekali tidak!! kerana ia akan memakan diri.. Jadi, marilah kite b'sama2 menggunakan senjata ekonomi untuk menentang Israel dan sekutunye dengan memboikot produk keluaran atau yang mempunyai kaitan dengan Rejim Zionis dan sekutunya (terutamanya produk AMERIKA).




Sumber: PPIM




Berikut juga merupakan antara produk yang mempunyai kaitan dengan kepentingan Israel dan sekutunya...



Sumber: PPIM (sila klik disini untuk lihat dengan jelas)




Jom Sertai Kami!!! We Love Palestine!!! Boikot Produk Israel dan sekutunya!!!

Wednesday, January 14, 2009

Jahanam YAHUDI ISRAEL!!!



*menunjukkan wilayah Palestin telah dirampas YAHUDI!!



Seperti Amerika Syarikat, Israel adalah negara pendatang. Israel menyambut pendudukan oleh Yahudi berfahaman Zionis. Zionisme adalah satu ideologi pendudukan Yahudi ke atas tanah Palestin. Pendatang-pendatang yang paling ramai adalah dari negara-negara Timur Tenggah dan Eropah di mana Yahudi dicaci.


Amerika Syarikat memainkan peranan yang penting dalam membantu Yahudi menduduki tanah Palestin dalam masa yang singkat. Tidak lama selepas pengistiharan Israel, Presiden AS pada masa itu Truman menawarkan pinjaman sebanyak $135 untuk membantu Israel berhadapan dengan pendatang-pendatang Yahudi yang membanjiri Palestin. Dalam masa tiga tahun pertama penubuhan Israel, bilangan pendatang Yahudi negara ini telah melebihi penduduk asal.


Penghijrahan telah terus berlaku sepanjang sejarah Israel. Semenjak tahun 1989, Israel mendaftar masuk sebanyak satu juta orang Yahudi dari Kesatuan Soviet. Amerika Syarikat bekerjasama dengan Israel untuk membawa Yahudi dari negara-negara Arab, Habsyah dan Kesatuan Soviet ke Israel.


Israel adalah Syaitan atau lebih dikenali DAJAL MATA SATU yang kini sedang menghisap darah penduduk Palestine dari hari ke hari... Tanah rakyat Palestin dirampas dgn sewenang2nye.. Dimana kekuatan Umat Islam yg dikatakan mempunyai jumlah penganut kedua terbesar di dunia???


*Sila beri komen anda sebagai menunjukkan anda dipihak rakyat Palestine

Dana Ikhlas2u

Demi Rakyat Palestine, teruskanlah menderma ke Tabung Gaza dengan menghantar sumbangan kepada

Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur

atau

menerusi akaun Maybank 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza.