Wednesday, February 11, 2009

Bantuan Amerika kpd Rejim Zionis!!


Sejak tahun 1970-an, Israel telah menjadi salah satu penerima teratas bantuan luar Amerika Syarikat. Walaupun kebanyakkan adalah bantuan ketenteraan, pada masa lalu sebahagiannya dikhaskan untuk bantuan ekonomi. Pada 2004, penerima kedua teratas bagi bantuan ekonomi daripada Amerika Syarikat adalah Israel, iaitu selepas Iraq. Dari segi per kapita, nilai kepada Israel diletak pada kedudukan pertama.

Pada 2007, Amerika Syarikat telah meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel lebih daripada 25% kepada purata AS$3 bilion setahun bagi tempoh selama 10 tahun, dan menamatkan bantuan ekonomi.

sambungan... (sila masuk ke ruangan topik blog ini)

1 comment:

  1. sambungan di atas...


    Pada 1998, para pegawai Israel, Kongres dan pentadbiran telah bersetuju untuk mengurangkan AS$1.2 bilion dalam Tabung Sokongan Ekonomi (TSE) kepada kosong untuk 10 tahun berikutnya, sementara pada masa yang sama meningkatkan Tabung Ketenteraan Luar (TKL) daripada AS$1.8 bilion kepada AS$2.4 bilion. Berasingan dari potongan berjadual, terdapat tambahan AS$200 juta bagi bantuan melawan keganasan, AS$1.2 bilion bagi melaksanakan perjanjian Wye, dan tambahan belanjawan bantuan bernilai AS$1 bilion untuk tabung ketenteraan luar bagi tahun kewangan 2003.

    Bagi tahun kewangan 2005, Israel menerima AS$2.202 bilion untuk TKL, AS$357 juta untuk TSE, dan bantuan penyelesaian imigran sebanyak AS$50 juta. Bagi tahun 2006, pihak pentadbiran telah memohon AS$240 juta untuk TSE dan AS$2.28 bilion untuk TKL. H.R. 3057, telah diluluskan oleh Kongres A.S pada 28 Jun, 2005, dan Senat A.S pada 20 Julai, telah meluluskan jumlah ini. Kongres dan Senat A.S juga telah menyokong AS$40 juta bagi bantuan penyelesaian imigran daripada negara bekas Kesatuan Soviet dan mengetahui rancangan Israel bagi membawa pulang Yahudi Habsyah yang masih tinggal ke Israel dalam masa tiga tahun.

    Akbar-akhbar Israel telah melaporkan bahawa Israel sedang memohon kira-kira AS$2.25 bilion bantuan khas dalam bentuk gabungan jaminan geran dan pinjaman selama empat tahun, dengan satu per tiga akan digunakan bagi menempatkan semula pangkalan-pangkalan tentera dari Semenanjung Gaza ke Israel dalam rancangan pengunduran daripada Semenanjung Gaza dan selebihnya bagi membangunkan kawasan Negev dan Galilee, Israel dan untuk kegunaan lain-lain, tetapi bayaran bagi ganti rugi ke atas peneroka atau aspek-aspek awam ekoran tindakan pengunduran ini. Pasukan Israel telah melawat Washington bagi membentangkan unsur-unsur permohonan, dan perbincangan awal sedang berjalan.

    Tiada permohonan rasmi telah dibentangkan kepada Kongres A.S. Dalam meringankan beban kos yang dihadapi oleh Amerika Syarikat dalam Taufan Katrina, delegasi Israel yang bertujuan untuk membincangkan bantuan ini telah membatalkan perjalanan ke Washington.

    Kongres telah menggubal peruntukan-peruntukan khas lain mengenai bantuan kepada Israel. Sejak 1980-an, TSE dan TKL telah disediakan sebagai satu geran pindahan wang tunai, bukan diberikan untuk projek-projek tertentu, dipindahkan secara sekaligus dalam bulan pertama bagi tahun kewangan, berbanding secara peningkatan berkala. Israel dibenarkan membelanjakan satu per empat daripada TKL untuk membeli peralatan dan perkhidmatan ketenteraan di Israel, termasuk penyelidikan dan pembangunan, selain daripada Amerika Syarikat. Akhirnya, bagi membantu Israel daripada kemerosotan ekonominya, A.S telah menyediakan AS$9 bilion dalam bentuk jaminan-jaminan pinjaman selama tiga tahun, penggunaan pendekatan ini dilanjutkan sehingga 2008. Setakat bulan Julai 2005, Israel tidak menggunakan AS$4.9 bilion jaminan-jaminan ini.

    ReplyDelete